Pengertian Wakaf Am
Wakaf Am bermaksud sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak.
Pengertian Wakaf Khas
Wakaf Khas pula bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat Islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
Pengertian Wakaf Tunai
Wakaf Tunai bermaksud mewakafkan wang tunai di mana wang tersebut sebagai ain’ dikekalkan dalam bentuk aset yang kekal kemudian manfaatnya disalurkan kepada penerima manfaat wakaf (mawquf alaih).
Objektif Wakaf Tunai
1. Sebagi kaedah alternatif kepada yang tidak mempunyai harta kekal
seperti tanah, ataupun bangunan untuk bersama-sama melaksanakan
ibadah wakaf.
2. Menyuburkan amalan berwakaf sebagai salah satu bentuk sedekah
jariah yang sangat dituntut di dalam Islam.
3. Menggalakkan pembangunan wakaf untuk memajukan sosio ekonomi
umat Islam.
4. Menyemai semangat tolong-menolong sesama umat islam mengikut
kadar kemampuan masing-masing.
5. Mengukuhkan pegangan aset umat Islam melalui dana tunai yang
terkumpul sebagai ain’.