SEJARAH
Bahagian Wakaf Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada awalnya dikenali sebagai Bahagian Aset Dan Hartanah. Namun, pada Mei 2010, Bahagian ini telah dijenamakan kepada Bahagian Wakaf Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Bagi memastikan Bahagian tersebut menjalankan fungsinya secara berkesan, beberapa unit telah diwujudkan antaranya Unit Operasi & Pengurusan Hartanah, Unit Hasil & Pembangunan dan juga Unit Dana & Pemasaran.
Unit Operasi & Pengurusan Hartanah Bahagian Wakaf (MUIS) merupakan unit yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran Bahagian Wakaf dari aspek perancangan setiap gerak kerja dan keperluan operasi pejabat. Di samping itu, Unit tersebut juga berperanan sebagai penggerak utama pengurusan pentadbiran hartanah wakaf terutamanya yang melibatkan proses pindah milik pewakafan tanah dan juga permohonan tanah kerajaan untuk tujuan kegunaan umat Islam.
Unit Hasil & Pembangunan pula berperanan untuk menyelaraskan perekodan setiap hasil dan manfaat yang diperoleh dari pengunaan hartanah wakaf selain merancang kelestarian pembangunan hartanah tersebut melalui kaedah komersial dan berdaya saing ke arah merancakkan penguasaan ekonomi umat Islam di negeri ini.
Manakala, Unit Dana & Pemasaran pula diwujudkan bertujuan untuk memberi sebanyak yang mungkin kesedaran dan kecelikan masyarakat terhadap ibadah ini selain mempertingkatkan kutipan wakaf tunai samada melalui penjawat awam dan swasta mahupun institusi perniagaan yang menjalankan operasi mereka di negeri Sabah.
Pada tahun 2018, pengurusan wakaf diperkasakan lagi dengan penggubalan Enakmen Wakaf Negeri Sabah dan perintah penubuhan Lembaga Pengurusan Wakaf Negeri Sabah (LPWNS). Manakala Garis Panduan Pendaftaran Wakaf Harta Tak Alih telah digubal pada tahun 2024 bagi memperkemas dan menambahbaik enakmen tersebut.
FUNGSI
1.Merancang, menyelaras dan memastikan segala permohonan pewakafan harta wakaf berjalan dengan efisien dan bersistematik
2.Merangka, menyelaras dan memastikan kutipan Dana Wakaf Tunai meningkat dari masa ke semasa.
3.Merekodkan dan melaporkan kutipan Wakaf Tunai secara bulanan dan tahunan.
4.Merangka dan menyelaras keperluan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi kaedah kutipan Wakaf Tunai.
5.Menyelaras dan memastikan kutipan hasil sewaan hartanah wakaf dikemaskini dan direkodkan secara bulanan.
6.Menyemak dan melaporkan Agihan Dana Wakaf Tunai diagihkan secara sistematik dan efektif.
7.Merangka serta menyelaras pembangunan hartanah wakaf bagi meningkatkan hasil manfaat.
8.Menyelaras dan memastikan penyelenggaraan premis hartanah wakaf diselenggara dengan konsisten dan berkesan.
9.Merangka, menyelaras dan memastikan promosi wakaf dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif.
10.Mengenalpasti dan menjalinkan kerjasama dari agensi luar samaada kerajaan mahupun swasta bagi meningkatkan kutipan dana wakaf.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji menunaikan Amanah dalam mengurus harta wakaf pembangunan wakaf, Agihan manfaat, dan pengurusan dana wakaf berdasarkan enakmen Majlis Ugama Islam Sabah Tahun 2004 secara professional dan mesra pelanggan.
Kami berjanji memberikan perkhidmatan berikut:
1) Menguruskan permohonan tanah. Setelah permohonan selesai diperingkat MUIS, Semakn di Jabatan Tanah & Ukur akan dilaksanakan sekali dalam setiap tiga bulan.
2) Mengurus pewakaf tanah. MUIS sebagai pemegang amanah dan peranan diantara pewakaf dan juga pihak Jabatan Tanah & Ukur untuk memastikan proses pewakafan mengambil tempoh masa yang wajar.
3) Mengurus dana wakaf yang diperoleh melalui sewaan dan Kerjasama strategik dengan efisen.
4) Memproses butiran pewakaf yang berwakaf tunai melalui pemotongan gaji dalam tempoh 3 hari bekerja.
5) Mengadakan kempen kesedaran wakaf tunai di Jabatan-jabatan Kerajaan, swasta, setiap minggu.
6) Mengagihkan manfaat wakaf berdasarkan pecahan agihan yang telah ditetapkan oleh pihak mufti negeri Sabah.
7) Kami juga berjanji akan sentiasa berusaha mempetingkatkan kemampuan agar dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang setiap masa.
Objektif Penubuhan
1. Membantu mengurus dan mengemaskinikan tanah-tanah wakaf di Negeri Sabah;
2. Menyelenggara bangunan Hartanah MUIS daripada rosak, tercemar dan diduduki oleh para setinggan;
3. Menguruskan permohonan tanah/tapak masjid/sekolah/madrasah/tanah perkuburan dan lain-lain;
4. Memeriksa, menganalisis dan mengemukakan cadangan pembaikan bangunan Wisma MUIS dan bangunan-bangunan MUIS yang lain; dan
5. Mengenalpasti status tapak tanah yang digunakan bagi bangunan masjid, surau dan sekolah di seluruh Sabah.
PUNCA KUASASeksyen 3 Enakmen Wakaf negeri sabah 2018
MAJLIS SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL BAGI SEMUA MAWQUF
3. (1) Walau apa pun peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mentadbir atau menyentuh apa-apa wakaf - a) Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua mawquf yang terletak di dalam Negeri Sabah.
MOTO"WAKAF PEMANGKIN EKONOMI UMMAH"